Sabtu, 27 Julai 2019

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN



RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Entry kali ini kita akan jelajah ke Kampung Benteng, Kuala Kenas Kuala Kangsar, Perak. Kampung ini tidak dikenali oleh orang luar yang bukan warga tempatan sini, malahan sekiranya orang Kuala Kangsar sendiri tidak mengetahui kewujudan kampung ini. tapi jangan salah paham pula. ini bukan kampung Orang Asli. Majoriti orang kampung terdiri dari bangsa melayu, sangat sukar untuk melihat bangsa lain menetap disini. Mungkin kerana sejak dahulu lagi kampung ini diduduki oleh orang Melayu. 

Kampung Benteng juga mempunyai sejarah yang tersendiri dimana asal nama benteng adalah dari tempat yang mempunyai benteng pertahanan semasa Perebutan Kuasa antara 2 raja iaitu Sultan Muzzaffar Shah 3 dan Sultan Muhammad. Peperangan itu di Pachat dan merebak ke Benteng. aal dari peristiwa tersebut, kamppung ini dinamakan Kampung Benteng. 

Apa kaitan Rumah Warisan Pandak Kamaruddin dengan Kampung Benteng? 

Ayuh kita terokai lebih dalam tentang Rumah Warisan ini.

RUMAH WARISAN PANDAK KAMRUDIN ini terletak di Kampung Benteng, Kuala Kenas Kuala Kangsar Perak. Ia dimiliki oleh seorang penduduk asal di kamung ini iaitu Haji Pandak Kamaruddin Bin Yeop Mat Saman. Isterinya bernama Hajah Kamah Bt Kulup Salleh. Hj Pandak Kamaruddin ialah seorang peniaga Kedai Runcit di Kampung Benteng Kuala Kenas. Beliau telah berniaga sejak berumur 18 tahun lagi iaitu kira 2 pada tahun 1943.

Rumah Warisan mula dibina pada tahun 1957, sempena tahun kemerdekaan tanah air iaitu pada 31 Ogos 1957. Hasrat untuk membina rumah ini telah disampaikan kepada bapa mertuanya iaitu Megat Salleh B Megat Ngah Mahmud. Seterusnya Megat Salleh merupakan arkitek dan jurutera bagi pembinaan rumah ini. Rekabentuk rumah ini sebenarnya merupakan idea beliau sepenuhnya. 

Beliau telah mengambil tukang kayu tradisional dari Kampung Sayong Lembah Kuala Kangsar. Mereka mengambil masa lebih setahun bagi menyiapkan rumah ini. Kerja-kerja pembinaan ini bermula daripada membelah kayu balak lagi untuk dijadikan tiang, dinsing dan bahan untuk membina rumah ini. Segala proses pembuatan dilakukan dengan menggunakan peralatan tangan semata-mata.

Setelah rumah ini siap pada tahun 1960, maka berpindahlah mereka sekeluarga ke rumah ini. Pada masa itu, anak-anak Haji Pandak Kamaruddin ialah seramai 4 orang. Anak yang kelima telah lahir di rumah ini iaitu pada tahun 1961.

Image may contain: outdoor 

Besebelahan Rumah Warisan terdapat kesan tapak kedai runcit milik Pandak Kamaruddin dimana kedai tersebut ialah hasil sumber rezeki mereka sekeluarga. selain itu, kedai runcit tersebut adalah satu-satunya kedai yang menyalurkan makanan asas orang kampung ketika itu. Menurut kata anak kedua Pandak Kamaruddin setiap kali lori beras masuk ke kampung tersebut untuk menghantar beras ke kampung itu, kereta kebal akan mengawal kawasan kedai tersebut sehingga selesai diangihkan beras tersebut. Satu keluarga hanya mempunyai satu kupon pas untuk mengambil beras tersebut. 

60 tahun kemudian, di atas inisiatif anak lelaki tunggalnya iaitu Datuk Abdul Rahim Kamaruddin telah membaik pulih rumah ini sebagai mana sekarang. Antara kerja2 membaik pulihnya ialah meraparkan lantai dan dingsing yang renggang, membetul dan menegakkan semula tiang yang sudah mulai sengit, mengganti mana papan atau kayu yag telah rosak atau reput, menggosok semula kayu-kayu yang sudah mula berlumut dan lain-lain kerja yang berkaiatan. Adalah menjadi harapan beliau kerja-kerja membaik pulih ini akan diteruskan oleh generasi akan datang pada 50/60 tahun hadapan.

Rumah ini dinamakan Rumah Warisan Pandak Kamarudin sempena mengambil semangat atau cita-cita Haji Pandak Kamarudin yang sentiasa berpegang kepada prinsip "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA". Semangatnya yang sejak pendudukan jepun dan penjajahan Inggeris lagi beliau sentiasa bersama-sama dengan para pejuang tanah air bagi mamastikan anak bangsa terbela dan mempunyai kehidupan yang selesa di tanah pusaka ini. 

Di dalam rumah ini, masih terdapat barang-barang antik lama yang sukar untuk dijumpai zaman kini. ia masih diguna untuk kegunaan harian sekeluarga disini. 

No photo description available.

Image may contain: people sitting and indoor



Image may contain: people sitting and outdoor

Image may contain: house, sky and outdoor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.  Entry kali ini kita akan jelajah ke Kampung Benteng, Kual...