Sabtu, 27 Julai 2019

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN



RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Entry kali ini kita akan jelajah ke Kampung Benteng, Kuala Kenas Kuala Kangsar, Perak. Kampung ini tidak dikenali oleh orang luar yang bukan warga tempatan sini, malahan sekiranya orang Kuala Kangsar sendiri tidak mengetahui kewujudan kampung ini. tapi jangan salah paham pula. ini bukan kampung Orang Asli. Majoriti orang kampung terdiri dari bangsa melayu, sangat sukar untuk melihat bangsa lain menetap disini. Mungkin kerana sejak dahulu lagi kampung ini diduduki oleh orang Melayu. 

Kampung Benteng juga mempunyai sejarah yang tersendiri dimana asal nama benteng adalah dari tempat yang mempunyai benteng pertahanan semasa Perebutan Kuasa antara 2 raja iaitu Sultan Muzzaffar Shah 3 dan Sultan Muhammad. Peperangan itu di Pachat dan merebak ke Benteng. aal dari peristiwa tersebut, kamppung ini dinamakan Kampung Benteng. 

Apa kaitan Rumah Warisan Pandak Kamaruddin dengan Kampung Benteng? 

Ayuh kita terokai lebih dalam tentang Rumah Warisan ini.

RUMAH WARISAN PANDAK KAMRUDIN ini terletak di Kampung Benteng, Kuala Kenas Kuala Kangsar Perak. Ia dimiliki oleh seorang penduduk asal di kamung ini iaitu Haji Pandak Kamaruddin Bin Yeop Mat Saman. Isterinya bernama Hajah Kamah Bt Kulup Salleh. Hj Pandak Kamaruddin ialah seorang peniaga Kedai Runcit di Kampung Benteng Kuala Kenas. Beliau telah berniaga sejak berumur 18 tahun lagi iaitu kira 2 pada tahun 1943.

Rumah Warisan mula dibina pada tahun 1957, sempena tahun kemerdekaan tanah air iaitu pada 31 Ogos 1957. Hasrat untuk membina rumah ini telah disampaikan kepada bapa mertuanya iaitu Megat Salleh B Megat Ngah Mahmud. Seterusnya Megat Salleh merupakan arkitek dan jurutera bagi pembinaan rumah ini. Rekabentuk rumah ini sebenarnya merupakan idea beliau sepenuhnya. 

Beliau telah mengambil tukang kayu tradisional dari Kampung Sayong Lembah Kuala Kangsar. Mereka mengambil masa lebih setahun bagi menyiapkan rumah ini. Kerja-kerja pembinaan ini bermula daripada membelah kayu balak lagi untuk dijadikan tiang, dinsing dan bahan untuk membina rumah ini. Segala proses pembuatan dilakukan dengan menggunakan peralatan tangan semata-mata.

Setelah rumah ini siap pada tahun 1960, maka berpindahlah mereka sekeluarga ke rumah ini. Pada masa itu, anak-anak Haji Pandak Kamaruddin ialah seramai 4 orang. Anak yang kelima telah lahir di rumah ini iaitu pada tahun 1961.

Image may contain: outdoor 

Besebelahan Rumah Warisan terdapat kesan tapak kedai runcit milik Pandak Kamaruddin dimana kedai tersebut ialah hasil sumber rezeki mereka sekeluarga. selain itu, kedai runcit tersebut adalah satu-satunya kedai yang menyalurkan makanan asas orang kampung ketika itu. Menurut kata anak kedua Pandak Kamaruddin setiap kali lori beras masuk ke kampung tersebut untuk menghantar beras ke kampung itu, kereta kebal akan mengawal kawasan kedai tersebut sehingga selesai diangihkan beras tersebut. Satu keluarga hanya mempunyai satu kupon pas untuk mengambil beras tersebut. 

60 tahun kemudian, di atas inisiatif anak lelaki tunggalnya iaitu Datuk Abdul Rahim Kamaruddin telah membaik pulih rumah ini sebagai mana sekarang. Antara kerja2 membaik pulihnya ialah meraparkan lantai dan dingsing yang renggang, membetul dan menegakkan semula tiang yang sudah mulai sengit, mengganti mana papan atau kayu yag telah rosak atau reput, menggosok semula kayu-kayu yang sudah mula berlumut dan lain-lain kerja yang berkaiatan. Adalah menjadi harapan beliau kerja-kerja membaik pulih ini akan diteruskan oleh generasi akan datang pada 50/60 tahun hadapan.

Rumah ini dinamakan Rumah Warisan Pandak Kamarudin sempena mengambil semangat atau cita-cita Haji Pandak Kamarudin yang sentiasa berpegang kepada prinsip "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA". Semangatnya yang sejak pendudukan jepun dan penjajahan Inggeris lagi beliau sentiasa bersama-sama dengan para pejuang tanah air bagi mamastikan anak bangsa terbela dan mempunyai kehidupan yang selesa di tanah pusaka ini. 

Di dalam rumah ini, masih terdapat barang-barang antik lama yang sukar untuk dijumpai zaman kini. ia masih diguna untuk kegunaan harian sekeluarga disini. 

No photo description available.

Image may contain: people sitting and indoor



Image may contain: people sitting and outdoor

Image may contain: house, sky and outdoor


Selasa, 16 April 2019

BILIK DI HOMESTAY ULU KENAS




Harga Bilik Bermula RM80 sehingga RM100. 
Keluasan 1 bilik mampu menampung 5 ke 6 orang dewasa. 
Kemudahan yang terdapat :
  • penghawa dingin 
  • televisyen 
  • bilik air 



















HOMESTAY ULU KENAS


HOMESTAY ULU KENAS

ULU KENAS terletak hampir 10km dari Pekan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sebuah kampung yang mempunyai tarikan pelancongan alam sekitar seperti Hutan Lipur Ulu Kenas.


Homestay Ulu Kenas mampu menampung 20 orang tetamu dalam satu tempoh masa. Homestay ini berkonsepkan bilik yang mempunyai penghawa dingin beserta kemudahan bilik air didalam.     










Selain daripada kemudahan tempat penginapan, pihak kami juga meyediakan ruang taklimat terbuka beserta kemudahan LCD untuk tetamu. 

Homestay Perak sedia menerima tempahan
  • sarapan pagi 
  • tengahari 
  • hi-tea
  • malam
  • bbq dan kambing golek 
  • surprise party



Image may contain: one or more people

Kemudahan 
  • berhawa dingin 
  • kawasan parking berpagar 
  • ruang memasak 
  • kawasan BBQ 
  • mesin basuh 
  • ampaian baju 
  • peti ais 
  • iron board 
Lokasi Yang Berhampiran 
  • kaki Gunung Bubu 
  • Hutan Lipur Ulu Kenas / Lata Ulu Kenas 
  • Kem Bina Negara 
  • Pekan Manong 
  • Pekan Kuala Kangsar 




Rabu, 27 Mac 2019

KAMBING KUALA KANGSAR




Kambing Kuala Kangsar menyediakan pelbagai pakej kambing bakar untuk sebarang majlis keraian samada kambing akikah ataupun tidak.

Menyediakan servis bakar di lokasi atau siap bakar terus ke majlis anda. seluruh Perak diterima. 

Khamis, 12 Julai 2018

HOMESTAY PERAK



HOMESTAY PERAK mempunyai beberapa homestay dibawah penjagaannya yang terletak di sekitar Perak. Homestay Perak mula beroperasi secara aktif pada tahun 2017 dan kini mempunyai tiga homestay yang terletak di Chemor, Salak Utara dan Ulu Kenas. 

Image may contain: outdoor




Image may contain: text and outdoor

Visit official of Homestay Perak

Facebook Page
Instagram

Ask Me _ Homestay Perak


E-BOOK ISLAMIC


LITTLE HUSNA with MOMMY HANA








ANAK LAMBAT BERCAKAP?
Susah hati dan sedih jugakla bila tengok anak lambat bercakap berbanding rakan2 yg lain. Nak keluar suara tu macam nak keluar ketul emas ðŸ˜­
Lepas guna ebook, alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Anak dah bersuara. Tak berhenti pulak tu ðŸ¤£ takpalah anak oooi. Ibu bahagia tengok anak dah mula nak bercakap masa belajar dengan #bukumagic tekan2.
Berbaloi beli buku magic ni, macam2 boleh belajar. ada warranty sebulan pulak tu.
Nak 1? Jom pm saya ðŸ˜Š







Kuala Mu, Sungai Siput, Perak





Tengok dari gambo kat atas ni, macam kami masuk Kampung Orang asli kn. Inilah dia Pos Kuala Mu Sungai Siput, Perak. Ia memang kawasan perkampungan orang asli pun. tapi kampung orang asli ni bukan sebarangan kampung taw. Kampung ini penuh dengan ketenangan dan alam semula jadi yang indah dan nyaman. Siap ada Chalet lagi tu.

Chalet Bersah ini merupakan salah satu chalet yang terdapat di Pos Kuala Mu. Kat sini ada 2 chalet yang korang akan jumpa. Chalet Bersah ni Chalet terakhir yang korang akan jumpa. dia terletak yang paling hujung sekali. Kalau tanya saya and family, kami lebih sukakan Chalet Bersah ni.




Ni sungai yang akan dilalui untuk ke Chalet Bersah. Kalau nak stay dekat chalet pun okay. Ada banyak juga pondok, tapi tak menarik minat kami untuk singgah. Hanya cuci mata jela. haha.



Ini muka-muka penat round satu chalet, sbb masing-masing teruja sangat. 





Harga untuk satu bilik range harga xlebih dari RM80 pun. Untuk bilik yang kami ambil ni hanya RM80 sahaja. Disebabkan kami tidak bermalam. so harga RM30 shj. Korang boleh sewa untuk siang je. Untuk saling-saling baju. tapi dalam bilik xde bilik air ye. bilik air diluar. tapi bersih. malang nya bilik air satu shj. So kalo buat kem budak sekolah ni jenoh jugak nk suroh budak2 mandi dalam waktu yang singkat. Tambah2 lagi budak perempuan. laki ni belakang pokok pun jadi. 


Ini ruang dewan atau pun surau. Betul-betul tepi sungai. sebelah tu sungai je. 


ini pandangan dari atas. Tempah berkelah atau berkhemah mmg disediakn. Banyak tempak pankin macam tu. Kami orang pertama yang smpi, so senang untuk kami pilih port yang plaing best. sebab lepastu terus ramai keluarga lain yang smpi. Kami sampi dalam pkul 10 Pagi. Lebih kurang 2 jam untuk naik ke atas ni dri Sekolah Kebangsaan kt bawah. 


Masing-maisng muke lapar. Ni sebelum terjun ke sungai taw. Lepas je naik semua pakat lapar balik. Air dia, Ya Allah sejuk yang amat. Air Cameron Highland pun kdg xsejuk macam tu. xmandi lama pun, sebab pakat tak tahan sejuk semua nya. 

Tempat yang sangat tenang. kami sekeluarga plan akan kunjugi lagi tempat ini. bestttt..!!! 

NOSE CLEANSER by Mommy Hana

NOSE CLEANSER 


Assalammualaikum Wahai Rakyat Jelata sekalian, 


Haaa. Harini i nak promote sikit satu batrang yang terhangat di pasaran buat abad ini. Bukan sebarangan taw ini barang.  








Ini dia..!! Nose Cleanser ataupun nama lainnya Nose Aspirator. Acane ntah eja nama scientific ni. Aku taw NA ni sebab aku tengok kakak aku dok guna kat anak-anak dia. Kalau dulu aku tengok kakak aku guna penyedut hidung yang secara manual atau pun guna mulut sendiri sedut hingus anak-anak dia. Tak lama lepas tu dia pun selsema, bila maknya dah berjangkit selsema. Maka satu rumah akan berjangkit selsema termasuklah aku. haha

Bila barang pun bagus, maka akak aku pun terjebak menjual Nose Cleanser ni disebabkan kawan-kawan dok tanya and suruh tolong belikan. Punya lah bagos nya produk by Mommy Hana ni, kadang dalam sebulan boleh habis satu box COD n pos ke customer. kalau berminat boleh contact number kat gambar dibawah. Nak tengok banyak lagi feedback customer and video pengguna o dari customer boleh ke Facebook : Marni Husna




LABU SAYONG KUALA KANGSAR

Assalammualaikum..

Haaa. Tengah buat apa tuh? tengah dok tenang phone ni, tetibe jumpe pulok gambo zaman HND dulu. gaya tulis tu rope dah bertahun beno tinggalkan HND. haha. tak ghamei tahu HND tu apa. HND ni stands for High Nation Diploma. Katanya, kt Malaysia ni ada sampei level 4 jew. Kalo dah sampai level 5 tu means udoh degree lew. Tapi kalo nk sambung level 5 tu kena ke oversea lew. Haaa. nk cite lagi pasal HND ni lari topik pulok japgi. Nanti aku cite full story sal HND ni yek. 






Sekarang ni aku nk cerita mengenai labu sayong. Haaa. Video ni kami (Aku, Syifa, Azimah n Muadz) shoot masa second last sem kt KPMSI. Masa tu rasa topik kami yang paling lame. Tapi penyudohnya topik kami yang dapat markah yang paling tggi. Acehh. Bangge lah sikit. Labu sayong ni celah mana pun orang tahu asal nye dari Kole (Kuala Kangsar) Perak. Disebabkan aku ni anak jati orang Perak, ayah dan mak pun memang asal usul dari Kuala, so aku pun suggest lah warisan budaya negeri Perak ni.

Tambah-tambah pulak Kuala Kangsar and Seri Iskandar ni tak jauh mana pun. Ada lah dlm sejam atau kurang daripada tu. Depends on kelajuan kerete kome bawok tu lew. At first, kami plan nk interview kilang lain. Last2 owner kilang tu ada masalah last minit. Jadinya dia terpaksa cancel.

Alkisahnya kami pun dah kesuntukan masa. So kami pun redah je kilang mana yg terima kunjungan kami ni. Kalo korg face dengan masalah yang sama macam kami, korang pi je kt Kampung Kepala Bendang, Mukim Senggang ni. Banyok bebeno lew kilang dan kedai yang korang boleh pi kunjung. Dalam masa sama korang boleh try, cuba and test (orang kampung awok lew kata) buat sendiri labu sayong tu. Tapi labu kecil jelah. Kalau bagi yang besor udoh jenoh lew deme nk cover cost nya pulok.

Kalau kome tak jumpe celah mana lew Kampung Kepala Bendang tu, kome google jelah. Kata Malaysia Baru, takkan lew gune Google Maps n Waze pun xgheti nak gune. Hahaha.



RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.  Entry kali ini kita akan jelajah ke Kampung Benteng, Kual...