Khamis, 12 Julai 2018

LABU SAYONG KUALA KANGSAR

Assalammualaikum..

Haaa. Tengah buat apa tuh? tengah dok tenang phone ni, tetibe jumpe pulok gambo zaman HND dulu. gaya tulis tu rope dah bertahun beno tinggalkan HND. haha. tak ghamei tahu HND tu apa. HND ni stands for High Nation Diploma. Katanya, kt Malaysia ni ada sampei level 4 jew. Kalo dah sampai level 5 tu means udoh degree lew. Tapi kalo nk sambung level 5 tu kena ke oversea lew. Haaa. nk cite lagi pasal HND ni lari topik pulok japgi. Nanti aku cite full story sal HND ni yek. 






Sekarang ni aku nk cerita mengenai labu sayong. Haaa. Video ni kami (Aku, Syifa, Azimah n Muadz) shoot masa second last sem kt KPMSI. Masa tu rasa topik kami yang paling lame. Tapi penyudohnya topik kami yang dapat markah yang paling tggi. Acehh. Bangge lah sikit. Labu sayong ni celah mana pun orang tahu asal nye dari Kole (Kuala Kangsar) Perak. Disebabkan aku ni anak jati orang Perak, ayah dan mak pun memang asal usul dari Kuala, so aku pun suggest lah warisan budaya negeri Perak ni.

Tambah-tambah pulak Kuala Kangsar and Seri Iskandar ni tak jauh mana pun. Ada lah dlm sejam atau kurang daripada tu. Depends on kelajuan kerete kome bawok tu lew. At first, kami plan nk interview kilang lain. Last2 owner kilang tu ada masalah last minit. Jadinya dia terpaksa cancel.

Alkisahnya kami pun dah kesuntukan masa. So kami pun redah je kilang mana yg terima kunjungan kami ni. Kalo korg face dengan masalah yang sama macam kami, korang pi je kt Kampung Kepala Bendang, Mukim Senggang ni. Banyok bebeno lew kilang dan kedai yang korang boleh pi kunjung. Dalam masa sama korang boleh try, cuba and test (orang kampung awok lew kata) buat sendiri labu sayong tu. Tapi labu kecil jelah. Kalau bagi yang besor udoh jenoh lew deme nk cover cost nya pulok.

Kalau kome tak jumpe celah mana lew Kampung Kepala Bendang tu, kome google jelah. Kata Malaysia Baru, takkan lew gune Google Maps n Waze pun xgheti nak gune. Hahaha.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN

RUMAH WARISAN PANDAK KAMARUDDIN  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.  Entry kali ini kita akan jelajah ke Kampung Benteng, Kual...